Perlindungan Data
Keselamatan Storan
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Pelantar Penerbitan Digital DBP kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran di ruangan ahli yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam JendelaDBP ini.
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Pelantar Penerbitan Digital DBP ini, keperluan anda akan dimajukan kepada pihak yang berkaitan.
Cookies yang dihasilkan oleh Pelantar Penerbitan Digital DBP hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layanan anda yang akan datang.
Jendela menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada Jendela ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terhapus apabila sesi anda meninggalkan Pelantar Penerbitan Digital DBP ini.
Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Porta kamus ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Pelantar Penerbitan Digital DBP ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengguna dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau Pelantar Penerbitan Digital DBP ini, anda boleh menghubungi kami melalui seksyen maklum balas yang disediakan dalam Pelantar Penerbitan Digital DBP ini.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta ini, yang merangkumi semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memaklumkan anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh kami serta maksud-maksud bagi pemprosesan data tersebut. Akta ini juga mewajibkan kami mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data anda.
Justeru itu, anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainya (secara kolektif, “Data Peribadi”) yang diberi di dalam permohonan untuk pendaftaran bagi penggunaan Pelantar Penerbitan Digital DBP dan, termasuk apa-apa maklumat tambahan yang diberikan berkenaan Pelantar Penerbitan Digital DBP, akan dikumpul dan diproses oleh Pelantar Penerbitan Digital DBP bagi maksud-maksud berikut:—
1) Mempertimbangkan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan laman Pelantar Penerbitan Digital DBP;
2) Untuk berhubung dengan anda bagi memberi maklumat, serta mempromosikan produk-produk serta aktiviti Pelantar Penerbitan Digital DBP;
3) Melaksanakan operasi kewangan dan pemasaran;
4) Menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
5) Tinjauan pasaran, analisis statistik, penyelidikan dan pembangunan;
6) Untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Pelantar Penerbitan Digital DBP; dan
(secara keseluruhan, “Maksud-Maksud”)
Seterusnya, sila maklum bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia atau dizahirkan kepada perbadanan berkaitan, pemegang lesen, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat, yang mungkin berada di dalam atau luar Malaysia. Selain dari yang dinyatakan di sini, Data Peribadi anda tidak akan, dengan sedarinya, dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau dizahirkan ke mana-mana pihak ketiga.
Bagi membolehkan kami memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda diperlukan. Sekiranya anda tidak memberi persetujuan berkenaan kecuali sehubungan dengan pengiklanan atau pemasaran produk atau perkhidmatan TVDBP, RadioDBP atau rakan-rakan perniagaan kami, kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas dan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan laman web Pelantar Penerbitan Digital DBP tidak dapat kami luluskan.
Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan, meminta kemas kini kepada, dan pembetulan terhadap Data Peribadi, menghentikan pemprosesan Data Peribadi, menggunakan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan bertulis kepada Pelantar Penerbitan Digital DBP menerusi pos berdaftar atau e-mel seperti di bawah:
Alamat pos:
Dewan Bahasa dan Pustaka Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.
Talian Utama: 03-2147 9000
Alamat e-mel: jendeladbp@dbp.gov.my